ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Teknik Rolling Dividend Asb Loan

Teknik Rolling Dividend Asb Loan

Teknik Rolling Dividend Asb Loan
Teknik Rolling Dividend Asb Loan


Rolling dividen atau Rolling dividend adalah teknik di mana kita hanya mengeluarkan modal untuk tahun pertama sahaja asb loan kita, dan tahun berikutnya, kita gunakan dividen yang kita dapat untuk membayar installment asb loan setahun terus.

Kelemahan Teknik Rolling Dividend Asb Loan
Kelemahan Teknik Rolling Dividend Asb Loan

Kelemahan Teknik Rolling Dividen Asb Loan

1) Anda tak dapat maksimumkan keuntungan melalui compounding dividen. Hanya sijil sahaja yang akan dapat di akhir tempoh loan.
2) Anda tidak boleh cancel asb loan terlalu awal, ada kemungkinan anda tidak dapat sebarang keuntung berbanding modal awal. At least lepas 5 tahun baru sedap la nak guna teknik rolling dividen ni. Boleh rujuk Table Surrender Value Rolling Dividend di bawah.
3) Pengeluaran duit dividen masih secara manual. Isi borang dan ambil duit, kemudian guna mesin CDM dan bayar ke no akaun loan asb anda atau melalui online transfer.


Kebaikan Teknik Rolling Dividend Asb Loan
Kebaikan Teknik Rolling Dividend Asb Loan

Kebaikan Teknik Rolling Dividend Asb Loan

1) Tak ganggu duit poket/pening kepala nak bayar pada tahun ke 2 dan seterusnya. 
2) Paling mudah dan disukai ramai (ramai yang tak suka bayar komitmen bulanan)
3) Sesuai untuk mereka yang sukar kawal perbelanjaan..hehehe saya faham
4) Sesuai dijadikan tabung persaraan. Lepas 30 tahun, boleh ambil sijil RM200K untuk dijadikan duit persaraan, tambahan kepada kwsp/ duit pencen/ PRS / Unit Trust yang sedia ada tu.

Ada juga mereka di luar sana yang cancel asb loan di pertengahan jalan, walaupun menggunakan teknik rolliing dividen. Kadang-kadang mereka pun tidak faham kenapa nak cancel dan samada untung atau tidak. Main teka teka dan hentam sahaja, sebab loan dah lama, jadi cancel untuk dapat keuntungan hasil daripada Surrender Value.

Nasihat saya, jika anda adalah pelabur jenis teknik rolling dividen, teruskan lah sampai habis dapat sijil. Lagipun dividen kan cukup untuk settle monthly payment. 

Mr Client : Errr, saya dah belanja habis duit dividen
Saya         : Tak dapek den nak nolong. Edon koba kalau melabur mesti guna strategi betul. Kalau keuntungan (dividen) dah habis belanja, apa strategi nya yang tinggal lagi? huhu. Insaflah nak....

Jom tengok Nilai Surrender value asb loan. Anda decide untung atau tak kalau nak cancel.

JADUAL SURRENDER VALUE ASB LOAN


ASB LOAN
Surrender Value
TAHUN 1
RM200K, bayar bulanan RM1080, modal RM12,960
Tak boleh, nanti kena bayar exit charge
TAHUN 2
Rolling dividen
RM5,800
TAHUN 3
Rolling dividen
RM9,100
TAHUN 4
Rolling dividen
RM12,500
TAHUN 5
Rolling dividen
RM16,100

* Nilai anggaran sahaja, nilai sebenar sila rujuk bank
* Pada andaian asb loan RM200K, rate 5.05% selama 30 tahun dan tanpa takaful

Anda keluar modal RM1080 X 12 bulan = RM12960 jadi renung-renungkan untung rugi anda berdasarkan jadual nilai surrender value asb loan di atas.

Daripada pemerhatian teknik rolling dividen RM200K didapati bahawa pada tahun 1 hingga 4 anda akan mengalami kerugian kalau cancel awal. Ini adalah disebabkan anda telah mengeluarkan modal tunai sebanyak RM12960. Surrender value yang anda perolehi belum dapat cover nilai modal anda. Hanya pada tahun ke 5 anda mendapat RM16100 iaitu lebih kurang bersih sebanyak RM3140 (RM16100-RM12960).

Apa pendapat anda? Setelah 5 tahun membuat teknik rolling dividen dan anda hanya untung sebanyak RM3140 atau lebih kurang RM628 sebulan. Untung sangat ke? Betul kan cakap saya. Jangan guna teknik rolling dividen kalau anda terminate terlalu awal. Saya masih lagi berpendapat, jika tiada kekakangan kewangan (ada dividen yang boleh digunakan setiap tahun untuk rolling), teruskan sehingga anda dapat sijil RM200k penuh. Nikmat dapat sijil tersebut sangat berharga sebenarnya hehe.

Anda yang tanya saya, macam mana nak kira surrender value? hehe...anda tak baca habis blog saya ni...sila rujuk sini <Teknik Kira Surrender Value Kalau Cancel Asb Loan>

Tips Teknik Rolling Dividend Asb Loan

1) Jika anda cancel untuk dapatkan Surrender Value, fikirkan umur anda ketika itu dan berapa bayaran bulanan yang anda kena sebab semakin tinggi umur, semakin mahal bayaran bulanan asb loan.
2) Pertimbangkan komitmen loan ada di masa hadapan. Dulu apply asb loan RM200K mudah lulus. Di masa hadapan, disebabkan dah banyak aset property beli dan komitmen loan dah banyak, anda mungkin tak layak lagi nak apply asb loan RM200K dan walaupun rendah daripada amaun tu!




Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.