ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Cara Pengeluaran Duit Asb Melalui Akaun Bank

Cara Pengeluaran Duit Asb Melalui Akaun Bank

cara pengeluaran duit asb melalui akaun bank
cara pengeluaran duit asb melalui akaun bank


Berita baik, kini anda tidak perlu lagi beratur di kaunter bank atau pejabat pos untuk membuat pengeluaran duit asb anda.

Ya, pihak ASNB telah memberi kemudahan untuk pengeluaran duit asb anda secara atas talian iaitu melalui asnb online atau @ myASNB mulai 20 April 2020 dan melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.

Dan paling menarik adalah pengeluaran ini adalah PERCUMA ! Ya ianya percuma tanpa sebarang caj pengeluaran atau caj pengurusan.

Anda juga boleh membuat pengeluaran untuk unit pelaburan ASNB yang lain kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Syarat Pengeluaran duit asb melalui atas talian

1- Pengeluaran maksimum hanya RM500 dalam masa sebulan.
2- Pengeluaran minimum pula adalah RM100
3- Dalam masa sebulan, hanya 3 kali transaksi dibenarkan
4- Duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank didaftarkan, dalam tempoh satu hari bekerja berikutnya. 
5- Hanya akaun dewasa sahaja. Akaun anak tidak boleh.
6- Waktu urusniaga:

Unit Amanah Harga Tetap:
ASB,ASB 3 Didik,ASM,ASM 2 Wawasan,ASM 3
07:00 pagi hingga 06:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad, tidak termasuk cuti umum kebangsaaan.

Unit Amanah Harga Berubah:
ASN,ASN Equity 3,ASN Imbang 1,ASN Imbang 2,ASN Sara 1
07:00 pagi hingga 04:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad, tidak termasuk cuti umum kebangsaaan.


Sila tonton video tutorial cara pengeluaran duit asb melalui transaksi atas talian






Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.